Bukan jiwang la * Xtreme !!

Friday, September 19, 2008

Mantan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sukan Ekstrem '07/08



Karier politik Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sukan Ekstrem '07/08 telahpun berakhir.
Pada tanggal 31 Ogos yang lepas, kesemua 18 orang Ahli Majlis Tertinggi dengan rasminya telah menyerahkan kuasa kepada Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sukan Ekstrem sesi '08/09 yang baru.

Tahniah diucapkan kepada mahasiswa/i yang telahpun berjaya dipilih sebagai pemimpin kelab yang baru. Semoga Kelab Sukan Ekstrem terus maju dibawah pimpinan anda.

Selama hampir 2 semester memegang tampuk pemerintahan yang diketuai oleh Tuan Presiden, saudara Raymondee Junior Julius, Kelab Sukan Ekstrem telah banyak menganjurkan aktiviti peringkat universiti mahupun antara universiti se-Malaysia. Telah banyak kejayaan yang telah dicapai sepanjang tempoh itu.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah berjaya penganjurannya adalah UMP Pahang Amazing Race '08, Extreme Survivor Camp I,II,III,IV, Kem Pemantapan Survivor, Wallclimbing challenge, skateboarding dan sebagainya.

Objektif utama Kelab Sukan Ekstrem adalah untuk menganjurkan aktiviti berfaedah dan mendapat tempat dikalagan remaja agar gejala-gejala negatif dapat dihindari.

Majulah sukan untuk negara...

0 comments: