Bukan jiwang la * Xtreme !!

Monday, September 14, 2009

bAju bARu KitoRg....


AmaCAm...
Baju ni design baru. Sesiapa yang dah tempah boleh 'contact' AJK kami.

Thursday, July 16, 2009

Upcoming Event

>>Survivor Camp IV '09<<
Sesiapa yang berminat boleh check memo.
Hanya untuk pelajar UMP

Sunday, March 8, 2009

OPKIM MTBE >Satu galakan untuk mahasiswa<















27/02/2009 - Pada tarikh tersebut, X-Treme dengan ekstrimnya menyertai satu program khidmat masyarakat (OPKIM) anjuran MTBE Kuantan di Kampung Mas (salah sebuah perkampungan orang asli di negeri Pahang). Dalam situasi ini X-Treme dijemput melalui Presiden kelab, Ayub Adnan untuk menarik 20 lagi pelajar bagi membantu MTBE dalam menjayakan program mereka. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan berjaya.


















Thursday, February 12, 2009

KEJOHANAN PAINTBALL TERTUTUP UMP


  • Baru-baru ni eXtreme mengadakan kejohanan paintball tertutup ump
berikut adalah previu semasa kejohanan tersebut berlangsung.



(Tempat kejohanan diadakan)
[XTION PAINTBALL PARK, BUKIT JALIL, KL]
http://www.xtionpaintball.com/




  • Setelah selamat sampai ke lokasi kejohanan, semua peserta berkumpul untuk diberi sedikit taklimat berkaitan dengan pertandingan dan langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan "Marker".

  • Persediaan jadual permainan dan pendaftaran nama kumpulan oleh ajk bertugas dipantau oleh presiden.






  • Permainan bermula dengan format liga selepas itu dua kumpulan dengan mata tertinggi dari setiap kumpulan dipilih untuk perlawanan separuh ahir dan akhir.


[Pemenang tempat pertama]



[Pemenang tempat kedua]


[Pemenang tempat ketiga]


[Tempat ke-4]


[Tempat ke-5]


[Tempat ke-6]


[Marshal, pengadil dan pegawai Xtion Park yang berjasa]




  • Gambar kanan : Ajk-ajk yang turut serta dalam menjayakan kejohanan ini
  • Gambar kiri : Presiden kelab dan Penasihat kelab (belakang)

Sunday, January 18, 2009

Paintball-Our new event this year

Upcoming Event *new*
  • Paintball

Program: Kejohanan Paintball Tertutup UMP
Tempat: Xtion Paintball Park, Kompleks Sukan Bukit Jalil
Tarikh: 7 Februari 2009
Hari: Sabtu (bertolak dari UMP jam 0700)
* Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Januari 2009
* Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi kejohanan, layari
http://www.xtionpaintball.com/

this post was the simple one , more info you can contact Extreme Club

Monday, September 22, 2008

Jurulatih Survivor Camp berpengalaman










Team Jurulatih Survivor Camp adalah team jurulatih yang cukup berpengalaman.
Cetusan idea oleh Presiden Extreme, sdr Raymondee Junior Julius pada awal tahun 2007.
Telah banyak aktiviti dianjurkan dan telah banyak mendapat pengiktirafan. Aktiviti survivor camp ini merupakan aktiviti yang cukup mencabar dan menguji ketahan diri. Disinilah para peserta akan menilai kelemahan diri sendiri.

Semoga aktiviti bermanfaat ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
Jutaan terima kasih juga diucapkan oleh jurulatih-jurulatih pelajar yang cukup berpengalaman kerana telah memberikan sepenuh-penuh komitmen selama ini.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti aktiviti ini, bolehlah hantarkan emel kepada kami.
Sekian



special post:
Raymondee Junior Julius
Ex-President (07/08) / jurulatih pelajar
Extreme Sports Club
Universiti Malaysia Pahang

Friday, September 19, 2008

Jamuan Perpisahan Mantan '07/08








Pada 22 Ogos 2008 yang lepas, mantan Ahli Majlis tertinggi Kelab Sukan Ekstrem sesi '07/08 telah mengadakan jamuan perpisahan bagi menghargai jasa dan usaha gigih yang telah diberikan selama ini.
Jamuan telah diadakan di Tanjung Lumpur.

Acara dimulakan dengan jamuan hidangan utama iaitu Ikan Bakar & Sotong Goreng Tepung restoran Ana Ikan Bakar. Majlis kemudian diikuti oleh sesi ucapan penghargaan oleh Tuan Presiden, sdr Raymondee Junior Julius dan seterusnya ucapan dari setiap MT. Menyentuh hati apabila mendengar ucapan dari setiap MT yang cukup bermakna. Terima Kasih sekali lagi untuk semua MT yang sangat komited terhadap kelab. Jasa anda semua dikenang sampai bila-bila.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian sijil & cenderahati kenang-kenangan dari kelab kepada semua mantan.
Berakhirnya jamuan, maka berakhirlah tanggungjawab semua sebagai MT Kelab Sukan Ekstrem UMP.
Semoga kita bertemu lagi dilain hari dengan sei perkenalan yang lebih bermakna. Diharapkan pertemuan kita ini tidak berakhir disini. Sekian.....