Bukan jiwang la * Xtreme !!

Friday, September 19, 2008

Jamuan Perpisahan Mantan '07/08








Pada 22 Ogos 2008 yang lepas, mantan Ahli Majlis tertinggi Kelab Sukan Ekstrem sesi '07/08 telah mengadakan jamuan perpisahan bagi menghargai jasa dan usaha gigih yang telah diberikan selama ini.
Jamuan telah diadakan di Tanjung Lumpur.

Acara dimulakan dengan jamuan hidangan utama iaitu Ikan Bakar & Sotong Goreng Tepung restoran Ana Ikan Bakar. Majlis kemudian diikuti oleh sesi ucapan penghargaan oleh Tuan Presiden, sdr Raymondee Junior Julius dan seterusnya ucapan dari setiap MT. Menyentuh hati apabila mendengar ucapan dari setiap MT yang cukup bermakna. Terima Kasih sekali lagi untuk semua MT yang sangat komited terhadap kelab. Jasa anda semua dikenang sampai bila-bila.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian sijil & cenderahati kenang-kenangan dari kelab kepada semua mantan.
Berakhirnya jamuan, maka berakhirlah tanggungjawab semua sebagai MT Kelab Sukan Ekstrem UMP.
Semoga kita bertemu lagi dilain hari dengan sei perkenalan yang lebih bermakna. Diharapkan pertemuan kita ini tidak berakhir disini. Sekian.....

0 comments: